20110219
Pelupa
Bila tengok tajuk entry di atas boleh dikatakan semua orang ada kot ada penyakit yang satu ni. tidak kira sama ada memang pelupa yang sikit-sikit atau pelupa yang banyak sangat.
Sampaikan benda baru buat x sampai 5 minit pun boleh lupa. itu yang dikata pelupa yang banyak sangat.
Tapi cik land lord sebenar nyer nak bercerita pasal diri sendiri. Bahawasanya pada hari ini bertarikh 20 Februari 2011 pada pukul 12.45 tengah hari tadi. cik land lord tertengok lesen memandu yang telah lama tidak di update @ dikemaskini dalam bahas melayu nye.
Malang nasib cik land lord sebab nya lesen memandu telah tamat tempoh. Yang paling terperanjat nye tarikh akhir nya adalah pada 02.01.2010. Ini bermakna sudah setahun yang lalu telah tamat tempoh.
Adusss...apakah dugaan yang datang pada ku ini. Sabar la. Jadi nye cik land lord terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk menghidupkan semula lesen tersebut. Terpaksa tunda untuk balik ke putra heights petang ini.
Nasib baik semasa cik landlord berada di kampung. Jadinye minta jasa baik ayahanda ku untuk pergi ke JPJ esok pagi untuk menghidupkan nye.Diharap Allah swt membuka pintu hati pegawai atau kakitangan kaunter JPJ untuk esok pagi berhati mulia.
Ini adalah kerana, mengikut undang-undnag jalan raya, jika lesen memandu telah tamat tempoh lebih dari had nyer akan mengambil semula mulai dari mula-mula ingin mendapatkan lesen. Jadinye ianya kena bermula dari ujian. Oh tidak. moga-moga allah mendengar hati hamba nya ini.
Sejujur nya aku memohon kepada Allah swt untuk menjauhkan dari aku terpaksa mengambil ujian semula. Diharapkan segala urusan ku akan dipermudahkan oleh NYA. aminnnnnnnnnnn
Tapi dalam hati yang sama masih jugak ada sedikit kerisauan.Maklumlah awak dah lama memang ada lesen...tiba-tiba kena buat ujian semula....adusssssss...susah bangat ku rasakan.
Diharapkan semoga segala urusan ku akan dipermudahkan oleh ALLAH swt.
AMINNNNNNNNNNNNN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment