![]() | ||||
| saje enterprem muka ni.... |
assalam....
alhamdulillah....dh mula tuan tanah kedaong menaip semula...lama nyer x buat entry baru. dh macam2 yang berlaku dengan kehidupanku, family dan kerjaya. Ada yang god news ada yang bad news jugak la ku kira.
Ok lah agak2 nye nak mula dari mana yer...orang kata mulakan dengan good news lebih baik kan....ahaksss. Orite kita mulakan dengan kabar gembira di mana aku telah meninggalkan kawasan pelabuhan klang. Disitu lah tempat pertama aku memulakan tugas sebagai penjawat awam. Dengan hayat selama lebih kurang hampir 3 tahun aku berkhidmat di sana, akhirnya permohonan aku untuk bertukar ke kawasan subang jaya telah diluluskan. Itu pun disebabkan budak yang ingin bertukar dengan aku telah beria2 memanjat lif KSM di Parcel D untuk proses ini. Bagi aku, kehidupan disana dengan suasana kerja yang boleh dikatakan suam2 kuku jugak la....Kalau diikutkan aku tiada masalah dengan keadaan itu, tetapi yang membuatkan aku perlu untuk pertukaran ini adalah bagi menjimatkan kos sara hidup aku di sana.Aku perlu berulang setiap hari dengan jarak yang jauh dari umah dan juga kos untuk tol dan juga minyak kereta. Dengan gaji yang kurang banyak, almaklumlah baru masuk gomen, masih ternganga jugak la nak menyara hidup di sini. Akhirnya aku tinggalkan PTK Port Klang dengan rasa sedih bercampur gembira untuk masuk ke Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Selangor. Ya itulah jabatan baru untuk aku meneruskan perkhidmatan dalam kerajaan.Tanggal 1 Feb 2012 aku melaporkan diri di JKKP Selangor dengan hati yang berbagai rasa.
Ok kita sambung pula kepada cerita yang lain nya, aku kira ini merupakan benda yang paling aku tunggu-tunggu. Berita nya adalah aku telah dirisik oleh orng kampung ku sendiri aiitu kawan mengaji dan bacaan yasin mak aku sendiri. Rupa-rupanya dalam diam aku telah di skodeng oleh mak cik ini (cik minah namanya) untuk dijadikan bakal menantu bagi anak nya yang bekerja di Hospital Tuanku Jaafar. Aduhainyer.....aku x tau nak cakap apa masa menerangkan maksud sebenar cik minah itu. Dalam hati aku, hanya ada dia yang sentiasa bersama aku, mana mungkin aku mmeberikan kasih sayang aku pada orang lain. Dengan rasa berat hati aku menolak mentah-mentah risikan itu. Minta maaf ibu & ayah.....alang terpaksa derhaka demi untuk hidup alang dimasa akan datang. Kata orang berkahwin bukan untuk sehari dua...tetapi kalau boleh sepanjang hayat untuk hidup bersama. Insyaallah jika ada jodoh kami....alang akan kawin jugak. Doa2 kan kami bersama.
Berita yang seterusnya adalah perkongsian berita gembira angah dan keluarganya ke tanah suci. Alhamdulillah rezeki angah bertambah2 nampak nye. Kehidupan yang dia pilih semakin baik. Semoga hidupnya akan diberkati.
Rasanya itu dulu berita yang boleh kita kongsikan.... harapan semoga tahun ini akan menjadi lebih ceria dan makin mendewasakan diri ini untuk melalui hari2 yang mendatang....
Aminnn....semoga semua yang dilakukan akan diberkati olehNYA.


No comments:
Post a Comment