Salam
Ni adalah entry tertunggak yang dah berapa lama buat pun x ingat. Yang pasti nyer rasa macam minggu lepas je aku buat. Masa puasa...
Maklumla kalau puasa ni tekak 2 macam2 yang teringin nak makan nyer waktu berbuka. Rentetan dari itu lah tangan cik landlord seperti menjadi rajin sangat.
Resepi ni dapat dari blog yang aku g jenjalan. Apa lagi...cnp je la...untuk kemudahan. Ini adalah percubaan pertama cik landlord ok...
Apam Senyum (Resepi Dari Azita Kitchen).
minta izin untuk copy & paste di sini. mudah untuk buat rujukan.
Bahan-bahan
- 3 biji telur
- 1 cawan gula ( cik landlord kisar jadi gula halus)
- 1 camca besar ovalette
- 1 cawan ais krim soda
- 3 cawan tepung gandum
- 1 camca kecil perasa vanilla
- sedikit pewarna merah
Cara-caranya:
- Pukul Telur, gulla & ovalette hingga kembang. (pakai garpu samapai lebguh2 tangan sebb mixer cik landlord sudah rosak....bila nak dapat gantinyer ni)
- Masukkan ais krim soda dan pukul lagi.
- Masukkan yepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata.
- Ambil sedikit bahagian( cik landlord ambil dlm 1/2 senduk sahaja) untuk di warnakan dengan pewarna merah, dan dicampur kan dengan sedikit ais krim soda.
- Untuk bahagian warna sal, iaitu perasa vanilla, masuk kan ke dalam paper cup. (Ciklandlord guna pipig bag, senaang untuk di masukkan).
- Kemudian celup sudu kecil ke dalam warna merah dan tekan ke daam paper cup.
- Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
adunan yang belum dikukus
ini la dia apam yang telah siap untuk di makan.



No comments:
Post a Comment