babyavanza

babyavanza

20110319

Belasungkawa Che Nah Binti Ibrahim (1932-2011)


Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir.. Dunia yang fana akan ditinggalkan.. Hanya amalan yang dibawa..



Bait-bait lirik di atas memang benar. MATI ITU PASTI.Tiada siapa yang akan dapat merubah takdir walau pun sesaat. Semakin hari kita semkain dekat dengan MATI dan semakin hair kita semkain jauh dengan DUNIA.



Baru-baru ini kami telah kehilangan nenk yang tersayang. Merupakan ibu kepada ayah ku sendiri. Tinggal la dunia dan dia akan meneruskan perjalana yang baru di sana.



Beliau merupakan Hajah Che Nah Binti Ibrahim. Berusia lebih kurang dalam 80 tahun mengikut dalam kad pengenalan la. Tapi kita paham2 je la sebab orang zaman dahulu memnag tidka pernah mendaftarkan kelahiran nya. Jadi nye kami menggaanggap usia sebenar wan adalah dalam lingkungan 90 tahun jugak memandangkan keuzuran nya.



Beliau tidka mempunyai sakit yang teruk. Dan tidak mengalami keadaan sakit yang terlentang hanya lebih kurang dalam masa sebulan sahaja. Lebih kurang 4 5 hari sebelum kematian nyer dia x boleh bergerak dan makan langsung. Hanya memandang ke langit. Itu menurut kata ayah dan ibu yang setiap hari menemankan wan di sisi nya.



Tidak kira siang ataua malan. Hanya surah yasin yang dapat kami sedekah kah. Alhamdulillah sebelum beliau menghembuskna nafas yang terakhir semua anak2 beliau iaitu semua adik beradik ayah ada balik melihat wan. Kemudian apabila masing-masing dah pulang ke rumah sendiri baru lah arwah menghembuskan nafas.



Arwah meninggal lebih kurang pukul 7. 05 malam. Sejurus selepas itu ibu mengkhabarkan kepada ku untuk diberitahu kepada adik beradik ku yang lain. Alhamdulillah malam itu jugak aku balik ke kg.



Sedikit terkilan mengenangkan keadaan arwah yang tidak ditemani oleh semua anak-anak nya. Hanya aku sekeluarga yang tidak melelpakan mata. Kesian aku pada keadaan arawah. Anak yang seramai 10 orang tidak dapat menemankan nya untuk kali terakhir. Sanggup membiarkan arwah begitu sahaja sementara menunggu pagi menjelang tiba untuk di kebumikan.



Sungguh pilu hati kami. Tapi apa yang kami boleh lakukan. Sekadar menyedekahkan surah yasin serta bacaan alquran. Ibu ada berkata, dah bahagian masing-masing. Ya betul. Kami berharap di bahagian kami nanti tidak berlaku keadaan begini. Harap-harap dijauhkan kami dalam keadaan begitu. Juga terhadap ibu dan ayah kami. Insyaallah kami akan cuba menjaga sebaik mungkin sehingga ke saat yang terakhir.



Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui nya. Pada DIA kita datang dan padaNYA juga kita akan kembali. AL-FATIHAH untuk arwah wan dan atuk serta saudara mara yang telah meniggalkan dunia ini.






No comments:

Post a Comment